Powered By Blogger

Saturday, July 25, 2009

final year 2007 (Jabatan Pelajaran Terengganu)

Sejarah -form4-


Golongan X :

•Tentera paksaan
•Kerja pemburuhan
•Korban dalam upacara penyembahan

1.Maklumat di atas merujuk kepada tugas golongan X dalam masyarakat tamadun awal. Golongan X adalah

A petani
B hamba
C artisan
D pendeta

2.Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan tamadun Mesopotamia?

A Serangan orang gasar
B Dilanda bencana alam
C Rampasan kuasa oleh pembesar
D Perluasan kuasa oleh kerajaan Parsi

•llmu geometri
•Ilmu matematik

3.Mengapakah perkembangan dua ilmu di atas begitu berguna kepada masyarakat Mesir?

A Mengawal perjalanan kapal
B Mengurus hal ehwal pertanian
C Mengawal pergerakan matahari
D Meramal arah dan kekuatan tiupan angin
Tulang oracle digunakan oleh masyarakat Hwang Ho untuk meramal sesuatu perkara

4Apakah kesan amalan di atas kepada masyarakat Hwang Ho?

A.Kewujudan sistem tulisan
B.Berkembangnya kepercayaan animisme
C.Kehidupan menjadi lebih aman dan tenteram
D.Bermulanya amalan penilikan dalam masyarakat

5. Bagaimanakan pemerintahan Pompei di Rom dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk penduduk bandar itu ?

A Menggali lebih banyak mata air
B Membina sistem saliran bawah tanah
C Memproses air laut menjadi air minuman
D Mengehadkan penggunaan kepada rakyatnya

6. Melahirkan warganegara tentera yang sempuma, gagah, dan setia kepada negara kotanya.
Masyarakat dalam tamadun manakah yang menggariskan matlamat pendidikan seperti di atas?

A Mesir
B Sparta
C Athens
D Hwang Ho

•Alexander the Great
•Augustus Caesar

7. Kedua-dua tokoh di atas memberi sumbangan dari segi

A Perluasan kuasa
B Penyebaran agama
C Peningkatan ekonomi
D Pembangunan bandar

Pengaruh --> Pencapaian nirvana
Hindu
--> Pencapaian moksya

8.Apakah implikasi daripada pencapaian di atas kepada penganut Hindu?

A Memperoleh pencerahan agung
B Menghindari kelahiran semula ke dunia
C Melepaskan diri daripada hukum karma
D Menjeima semula di dunia dalarn bentukjasad


9 Sekiranya anda ingin memajukan kerajaan maritim, apakah kemahiran yang sangat diperJukan di kawasan ini ?

I Membuat perahu
II Membuat kapaJ layar
III Mampu belayar ke kawasan lain
IV Mampu membina sistem pengairan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10 Mengapakah sesebuah pelabuhan pembekal dalam kerajaan maritim boleh bertukar menjadi pelabuhan kerajaan kemudiannya ?

APerluasan kuasa
BPembentukan kerajaan
CPertambahan penduduk
DPeningkatan perdagangan

Kerajaan maritim ~Saling bergantunga antara satu sama lain ~ Kerajaan agraria

11.Apakah yang diperlukan oleh kerajaan maritim daripada kerajaan agraria?

I Binatang kenderaan
II Bahan mentah dan makanan
III Barangan seperti kaca dan manik
IV Bantuan tukang kayu dan tukang batu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Konsep Bahasa Arab
JahiJiah Jahala

12.Jahala bermaksud tidak mempunyai

A.tuhan
B.peraturan
C.kepercayaan
D.i1mu pengetahuan

13 Apakah faktor yang menyebabkan empangan Maarib yang dibina oleh kerajaan Sabak pecah ?

I Empangan ini tidak diperlukan lagi
II Banjir besar memecahkan empangan
III Pemimpin Sabak gagal memperbaikinya
IV Pertukaran kegiatan pertanian kepada perdagangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

14 Mengapakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah dianggap tidak adil dan menindas?

A Perdagangan dimonopoli oleh kabilah tertentu
B Kegiatan tukar barang berlaku secara berleluasa
C Golongan miskin sering dieksploitasi golongan kaya
D Pengagihan sumber ekonomi ditentukan oleh pemerintah

15 Mengapakah kernunculan tamadun Islam dianggap unik berbanding tamaduntamadun
lain di dunia ?
A Berkembang di kawasan pertanian yang subur
B Kewujudan berhampiran dengan kawasan pantai
C Muncul di kawasan padang pasir yang panas dan kontang
D Terletak di kawasan yang sangat strategik dari segi perdagangan

16 Antara berikut, peristiwa yang manakah dianggap sebagai tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam?
A Perjanjian Aqabah 1
B Turunnya Surah al-Alaq
C Keruntuhan Empangan Maarib
D Perletakan semula Hajar Aswad

17 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah ?
A.Tidak terikat dengan Piagam Madinah
B.Dibenarkan memimpin negara Madinah
C.Diwajibkan membayar zakat seperti orang Islam
D Keselamatan mereka terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah

18 Apakah bukti yang menunjukkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bukan sebagai suatu peJarian seperti yang ditafsirkan oleh oriental is Barat?

I Jemputan penduduk Madinah
II Sambutan ke atas rombongan Islam
III Jaminan keselamatan penduduk Madinah
IV Semua penduduk Madinah memeluk Islam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, 111 dan IV
D II, III dan IV

19 Antara berikut, manakah faktor yang mendorong Nabi Muhammad s.a.w. rnembuka semula kota Makkah pada tahun 630 M ?
I Strategi jangka panjang penyebaran agama Islam
II Arab Quraisy telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
111 Arab Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui
1V Makkah berpotensi dimajukan sebagai pusat perdagangan antarabangsa

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, 111 dan IV
D II, 111 dan V

[Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 M. bersamaan 11 H.]

20 Apakah cabaran awal yang dihadapi oleh umat Islam selepas kewafatan baginda?
A Pemilihan caIon pemimpin baru
B Tentangan daripada orang Yahudi
C Cabaran daripada golongan al Riddah
D Pepecahan dunia Islam kepada dua mazhab

21 Proses syura dan upacara baiah yang dijalankan dalam proses perlantikan Khulafa al-Rasyidin bertujuan untuk menjamin bakal khalifah mempunyai

A.wawasan yangjelas
B.kedudukan yang stabiJ
C.kelayakan dan berhemah tinggi
D.harta untuk mentadbir negara secara berkesan
Bahasa Arab

22.Antara berikut, yang manakah merupakan syarat-syarat seseorang calon khalifah?

I Patuh kepada perintah Allah
II Berfikiran cerdas dan pintar
III Mempunyai akhlak yang baik
IV Merniliki harta yang mencukupi

A L II dan III
B I, Il dan IV
C I, III dan IV
D. II, III dan IV

Zaman kegemilangan Bani Abbasiyah berJaku dalam pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.

23 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah era pemerintahan rnereka dikenali sebagai zaman kegemilangan?

A Perkembangan ilmu
B Keluasan wilayah taklukan
C Peningkatan bilangan angkatan bersenjata
D Kemampuan mengalahkan pasukan tentera Rom

24 Mengapakah kerajaan Turki Uthrnaniyah mampu menguasai sebahagian besar kawasan di benua Eropah pada zaman kegernilangannya ?

A Kemajuan dan kemakrnuran negara
B Semangat ghazi tenteranya yang tinggi
C Kewujudan Zaman Gelap di benua Eropah
D Sokongan padu daripada kerajaan Islam Jain

•Dayah
•Pondok
•Pesantren

25.Senarai di atas berkaitan dengan bidang

A ekonomi
B kesihatan
C pendidikan
D.kesusasteraan

•Hikayat Amir Hamzah
•Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

26 Apakah fungsi kewujudan karya di atas?

I Menjadi teks wajib di madrasah
II Membantu dalam penyebaran Islam
III Menambahkan hasil karya kesusasteraan
IV Memberi semangat untuk menentang musuh

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27 Antara berikut, yang manakah merupakan pengaruh Islam ke atas institusi pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara

I Islam dijadikan agama rasmi
II Undang-undang Syariah diamalkan
III Institusi pemerintahan beraja diperkenalkan
IV Semangatjihad menentang penjajah semakin kuat

A I, II dan III
B.I,IIdan IV
C.I, III dan IV
D. II, III dan IV

Bahasa Melayu --> •menjadi bahasa ilmu
--> •menjadi bahasa lingua franca
--> • menjadi lebih mantap

28 Apakah faktor yang menyebabkan kesan-kesan di atas berlaku ?

A Pengaruh agama Islam
B Pemantapan bahasa dan tulisan Palava
C Penghasilan karya dalam Bahasa Melayu
D Penggunaan istilah Sanskrit dalam Bahasa Melayu

29 Adat Perpatih bersifat matrilineal .Apakah yang dimaksudkan dengan matrilineal?
A .Menekankan perkahwinan sesuku
B.Mengutamakan jurai keturunan ibu
C.Menekankan kepada adat Minangkabau
D.Mementingkan pembahagian harta dari keturunan bapa

30 Masyarakat Melayu tradisional mula menerima pendidikan formal setelah kedatangan

A agama Islam
B penjajah Portugis
C penjajah Inggeris
Dagama Hindu-Buddha

31 Pengaruh Kerajaan Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui

A amalan protokol
B alat kebesaran raja
C seni ukir mimbar masjid
D adat perkahwinan diraja

Ramai rakyat di kawasanjajahan takluk Melaka memeluk Islam

32 Berdasarkan pemyataan di atas, mengapakah rakyat bertindak sedemikian?

A Mendapat ganjaran
B Memperolehi keistimewaan
C Mengelak diri daripada penindasan
D Menjadi pemimpin agama dan masyarakat

33 Bagaimanakah bentuk tanggungjawab dan hubungan timbal balas yang diamalkan oleh tuan tanah dalam struktur masyarakat feudal di Eropah?

I Tuan tanah mendapat perlindungan raja
II Tuan tanah membayar cukai kepada raja
III Tuan tanah berkongsi kekayaan dengan petani
IV Tuan tanah memperoleh khidmat daripada petani

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34 Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik gereja Katolik ketika Gerakan Reformation?
A. Percanggahan fahaman agama
B. Penyelewengan penguasa gereja
C. Kristian berpecah kepada dua mazhab
D.Keengganan pemerintah melakukan pembaharuan

Salah satu kesan Revolusi Perindustrian ialah munculnya Pergerakan Luddisme.

35 Apakah yang diperjuangkan oleh kurnpulan tersebut ?

A Memperjuangkan nasib pekerja
B Menentang Akta Pernagaran Tanah
C Membantah penggunaan mesin di kilang
D Menghalang penglibatan kanak-kanak dalam perlombongan

36 Aktiviti ekonomi yang menghasilkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran dikenali sebagai ekonomi

A import
B sara diri
C dagangan
D dwiekonomi

37 Bagaimanakah masyarakat Melayu menggunakan lebihan hasil kegiatan ekonomi mereka?
I Mengadakan kenduri-kendara
II Membayar zakat atau sedekah
III Menukar dengan barangan lain
IV Memasarkan kepada saudagar asing

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
o II, III dan IV

38 Apakah usaha yang dijalankan oleh H.N.Ridley untuk memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu?

A Membawa masuk pelabur India
B Mempopularkan torehan secara ibidem
C Mempelawa pelabur asing membuka ladang
DMengggalakkan perkernbangan industri berasaskan getah


.poh
•Taiping
•Kuala Lumpur

39.Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan bandar-bandar di atas menjelang awal
kurun ke-20?

A Berdekatan dengan pelabuhan
B Didiami oleh masyarakat Cina
C Kemajuan sistem perhubungan
D Perkembangan perusahaan bijih timah

•Dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham (1889)
•Dari Seremban ke Port Dickson (1891)

40.Apakah tujuan pembinaan duajaringan jalan kereta api di atas?

A Memudahkan urusan pentadbiran negeri B Menggalakkan pembukaan tanah baru untuk tanaman getah
C Memudahkan pergerakan buruh dari bandar ke kawasan lombong
D Mempercepat urusan mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan

No comments:

Post a Comment

ekot suke k0rang lah nk comment pape pon :]